IDENTITI enam ahli Familia Myvi Club (FMC) yang berlumba masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai.
Rakyat Malaysia bagaimanapun tidak henti-henti menzahirkan rasa benci dan kecaman terhadap sikap para pemandu yang menjadi punca tiga beranak maut dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya DUKE, Sabtu lalu.
Apatah lagi, mengenang nasib dua cahaya mata pasangan malang itu yang kini menjadi anak yatim piatu.
Malangnya, muncul pula cerita baharu apabila pemandu Myvi lain menerima padah ekoran terpalit sama dengan kebencian orang ramai.
Buktinya, semalam dan hari ini kami menerima laporan tentang cerita yang sama.
Ini luahan seorang pemandu Myvi;
Saya seorg wanita hamil 8 bulan. Saya menggunakan kereta Myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi.
Semalam ada satu kereta 4×4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgn benda keras. Emosi saya sangat terganggu.
Saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendiri marah pada pelumba2 haram tu tapi kenapa saya yang dipersalahkan?
Itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya orang yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yang aniaya saya ni.
Tak pasal-pasal, angkara ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit’.
Diharap pengguna-pengguna kenderaan lain juga tidak perlulah beremosi melampau hingga memberi kesan kepada orang yang tidak bersalah.
Pihak polis sendiri sedang menjalankan tugas menyiasat kes ini dengan terperinci.