SEORANG pelancong dari Ireland cedera di kepala akibat dipukul oleh pondan di Thailand gara-gara menolak perkhidmatan seks yang ditawarnya.
Michael Merry dilaporkan didekati oleh Wichai Sripalang sekitar jam 3 pagi ketika sedang berjalan di pekan di Pattaya, Thailand.
Jurucakap polis, Piyapong Ensan berkata, wanita transgender itu mendekati Michael dan menawarkan perkhidmatan seks tetapi tawaran itu tidak diendahkan.
Michael kemudiannya menolak Wichai kerana mendakwa dicabul oleh pondan itu.
Hal ini membuatkan Wichai memukul Michael di kepala dengan kasut tumit tingginya sehingga berlumuran darah.
Difahamkan, insiden berpunca daripada perbuatan Wichai yang tetap ‘menggatal’ dengan memeluk dan mencabul Michael selepas ajakannya tidak diendahkan, sekaligus membuatkan dia ditolak hingga jatuh ke tanah.
Gara-gara ketelanjurannya itu, Wichai disaman dan bakal berdepan tindakan undang-undang.
Kuang ajo nyer PONDAN ! !
Klik SINI untuk kembali ke menu asal anda