Teater Ombak Rindu memerlukan Pelakon Wanita Yang Tidak Berhijab? Kenapa? Bukan Ke Berhijab Tu Wajib? Nak Tayang Kat Istana Budaya Pula Tu. Panassss.....



Pementasan Teater Ombak Rindu memerlukan pelakon wanita yang sehingga kini belum lagi ditemui oleh pihak produksi CTRA Production.

Pelakon yang bakal dipilih itu perlu membawa watak Izzah dan memenuhi syarat utama iaitu tidak berhijab.

Penerbitnya Siti Rohaya Attan berkata pihak produksi sejujurnya memerlukan pelakon wanita yang tidak berhijab kerana watak yang ingin dibawakan itu selari dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.

“Untuk teater ini, ia amat berbeza dengan filem yang pernah ditayangkan di pawagam. Ia adalah gabungan ketiga-tiga novel hasil penulisan kreatif Fauziah Ashari.

“Kami memang mengalami sedikit kesukaran untuk mencari pelakon wanita namun sehingga hari ini nama-nama pelakon yang sesuai telah disenarai pendek.

“Sebab kenapa saya perlukan pelakon yang tidak berhijab ialah kerana watak yang dibawa itu akan berbeza seperti mana yang dipaparkan di filem. Jadi nak tahu kenapa kenalah tonton teater ini,” kata Siti Rohaya kepada portal Murai.com.my.

Teater Ombak Rindu ini juga bakal dijayakan oleh pelakon lain seperti Keith Foo, Zaidi Omar, Izzue Islam, Karl Shafek, dan Zarina Zanoordin.

Ia akan dipentaskan di Istana Budaya pada 22 April hingga 1 Mei depan.

“Walaupun masanya agak suntuk, tetapi saya yakin pelakon wanita yang kami cari itu akan berjaya ditemui dalam masa terdekat.

“Inilah cabaran yang perlu kami harungi untuk menjayakan teater ini agar watak Izzah yang berat itu dapat digalas dengan penuh tanggungjawab,” akhiri Siti Rohaya.


Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Selasa, 1 Mac 2016