Sempat Ambil Result SPM Sebelum Maut Digilis Lori Ketika Balik Beli Pampers Adik Tersayang. Kejadian Yang Sangat - Sangat Menyentuh Perasaan. Al - Fatihah



Sempat Ambil Result SPM Sebelum Maut Digilis Lori Ketika Balik Beli Pampers Adik Tersayang| Satu kemalangan tragis yang melibatkan seorang pelajar 17 tahun penunggang motorsikal maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya di Juru (Flyover rentas Lebuh Raya PLUS) malam tadi.

Mangsa Raja Nurul Natasha Nablla 17 tahun salah seorang pelajar sekolah Menengah Alma disuruh ibunya membeli pampers untuk adiknya menaiki motorsikal.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam jumaat semalam mangsa yang dalam perjalanan kerumah setelah membeli pampers cuba memotong lori dan kemudian terjatuh dan digilis lori bondet 3 tan tersebut tanpa di sedari oleh pemandu.





Katanya mangsa Raja Nurul Natasha Nablla pagi sebelum kejadian sempat mengambil result SPM Manakala petangnya juga di lihat turut membantu ibunya zana yang berniaga air tebu dan nudget di pasar malam juru.

Menurut rekan rekan mangsa Raja Nurul Natasha Nablla adalah seorang anak sulung yang sangat bertanggung jawab kepada keluarga dan juga rekannya.

Difahamkan dari sumber pihak polis telah pun menahan pemandu dan juga lori bandet 3 tan tersebut setelah pemandu membuat report polis.menurut pengakuan pemandu,sebenarnya dia pun tidak sedar bahwa dia telah melanggar mangsa selepas terjatuh dari motorsikal yang tidak lepas memotong dalam kejadian.