Hukuman Dahsyat Bagi Pesalah Dadah. DI PAKSA MAKAN DAN TELAN DADAH SAMPAI MATI.. Perghhh Naya ! !
Jakarta: Selepas mencadang penjara dikawal oleh buaya, harimau dan ikan pirana, Agensi Antidadah Indonesia kini merancang mengenakan hukuman mati yang lebih ekstrem kepada pengedar dadah.
Jurucakap agensi itu, Slamet Pribadi berkata, antara hukuman yang dicadangkan termasuklah pesalah dipaksa memakan dadah yang cuba diedar mereka hingga mati.
“Kami mencadangkan hukuman ini bagi mengatasi masalah berkaitan dadah yang semakin berleluasa di Indonesia.
“Kami perlu serius kerana dadah adalah musuh utama kami,” katanya kepada stesen penyiaran Al Jazeera.
Menurutnya, cadangan berkenaan akan mengukuhkan lagi undang-undang antidadah negara itu.
Indonesia antara negara mempunyai undang-undang antidadah yang tegas dan mereka yang didapati bersalah mengedar atau menyeludup dadah boleh dihukum tembak.
Jurucakap polis, Hendro Pandowo pula memberitahu, peperangan bagi membasmi dadah berlaku di mana-mana.
“Dadah perlu dibersihkan dari lorong dan jalan di Jakarta malah ia perlu dibanteras di seluruh negara,” katanya.
Menurut pihak berkuasa, terdapat kira-kira 4.5 juta penagih dadah di Indonesia dengan 33 orang mati setiap hari kerana mengambil dadah berlebihan. - Agensi