Hampir Kena Penjara Akibat ‘Tak Dapat’ Pada Malam Valentine. Anda Pasti Terkejut Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Pada Teman Wanitanya.


TINDAKAN seorang lelaki memaksa teman wanitanya untuk melakukan hubungan seks pada malam sambutan Hari Valentine, hampir menyebabkan dia dipenjarakan oleh pihak mahkamah Britain.





Rhys Weatherburn, 20 dan kekasihnya Shahnon Fidge, 20, pada mulanya telah memutuskan untuk menyambut Hari Kekasih istimewa bersama di hotel lima bintang, The Ritz yang terletak di tengah-tengah kota London.

Seperti juga kebanyakkan remaja-remaja lelaki lain yang normal dan bukan jenis gay, Rhys sempat lagi telah berfantasikan ‘saat indah’ dirinya berasmara bersama dengan kekasihnya itu dalam keadaan hangat romantis.




Setelah seharian mereka keluar lalu kedua-duanya pulang ke bilik hotel, dan pada ketika itu Rhys yang dalam keadaan mabuk terus meminta Shanon untuk menanggalkan pakaian, namun Shanon menolak kerana kepenatan.

“f**king shut up,’ ‘We are in a hotel, we are going to have sex’ (Jangan banyak bunyi, kita di hotel dan akan buat seks),” ujar Rhys kepada Shannon sambil rentap tangan mangsa yang pada ketika itu tidak terdaya melawan.

Rhys yang bertindak kasar kepada Shanon telah membuatkan wanita itu nekad menjerit kuat sehingga membuatkan pihak petugas hotel bertindak pantas menyerbu bilik mereka akibat jeritan yang didengari itu.

Keesokan harinya, Rhys telah dipanggil oleh pihak mahkamah tempatan bagi menghadapi tuduhan serangan seksual terhadap mangsa lemah dan merosakkan tingkap hotel kerana gagal melampiaskan nafsu serakahnya.

Sewaktu proses prosiding, Rhys mengaku bersalah memaksa ‘secara kasar’ Shannon untuk mengadakan hubungan persetubuhan dengannya pada 14 Februari lalu, di Hotel Ritz walaupun tidak berniat merogol kekasihnya itu.

Majistret Spiros Elia memerintahkan tertuduh, yang dianggap sebagai pemuda baik untuk dimasukan ke pusat rehabilitasi dengan melakukan khidmat masyarakat selama 40 hari. – MYNEWSHUB.CC