Gadis Berlakon Buat Aksi Lucah Sebelum Kerat Kemaluan Lelaki





Gadis Berlakon Buat Aksi Lucah Sebelum Kerat Kemaluan Lelaki| GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 36 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas kemaluannya dipotong sehingga putus oleh seorang gadis warga Thailand di kawasan kebun sawit Kampung Gua Air, Pos Pulat di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki yang dikenali sebagai Aznil mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Jarak Pos Pulat dan bandar Gua Musang sejauh 60 kilometer.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas mangsa selesai sembahyang Maghrib di sebuah surau di Kampung Gua Air yang terletak lapan kilometer dari rumah kongsinya.

Katanya, sebelum kejadian mangsa telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada gadis berusia 19 tahun yang mahu berjumpa dengannya di kebun pisang di belakang surau berkenaan.

“Sewaktu berjumpa dengan gadis itu, suspek telah menarik mangsa ke dalam kebun pisang dan perlahan-lahan menanggalkan seluar jean yang dipakai mangsa.

“Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa merasa kesakitan sebelum menjerit sekuat hati apabila kemaluannya dipotong dengan objek tajam,Motif sebenar gadis itu masih dalah siasatan pihak yang berkuasa.” katanya ketika dihubungi di sini semalam