Driver Bas Ekspres ‘Kerek’ Jerkah Warga Emas Makan Dalam Bas. PUNCAnya Sebab Makan Cekodok Yang Di Masak Sendiri Dari Rumah. WAJARKAH ??? Ini Rupanya Syarikat Yang Menggajikan Dia


PERKONGSIAN di laman sosial tentang sikap melampau seorang pemandu yang mengherdik penumpang warga emas kerana makan dalam bas ekspres mendapat perhatian netizen.





Menurut saksi kejadian, pemandu bas ekspres Mayang Sari telah menempelak seorang ‘makcik’ hanya kerana makan dalam bas dengan berkata kepadanya “Tak boleh bawak makanan, dari tadi tak nak makan dalam bas jugak nak makan.”

Makcik tersebut dikatakan memberitahu saksi, dia memasak sendiri cucur udang yang dijamahnya itu untuk bekal perjalanan memandangkan dia tidak sempat makan pagi tersebut.

Sambil mengkritik perbuatan angkuh pemandu bas berkenaan, individu yang memuat naik posting ini mempertikaikan peraturan kononnya tidak boleh makan dalam bas sedangkan naik pesawat pun penumpang tidak dihalang daripada menjamah makanan apatah lagi perjalanan tersebut mengambil masa selama 4 jam.

Rasanya pemandu bas ini kalau bertukar tempat jadi penumpang tua yang kena herdik baru dia faham apa itu belas kasihan kot. – MYNEWSHUB.CC