RANTAI LEHER ISTERI KERANA ISTERI LEKA MAIN WHATSAPP. NAMPAK MACAM KESIAN. NAK GELAK PUN ADA JUGA. PENANGAN ARUS SEMASA YANG MEMUDARATKAN. JOM BACA SINI





Mohd Hamdan Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp



193Shares

KANGAR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.


Mohd. Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd. Izni Ibrahim.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi masih lagi berada di leher dan seterusnya berjaya membuat laporan.

Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

Mohd. Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. – Sinar Harian Online