Anda Pasti Teruja Apabila Mengetahui Bagaimana Ikan Seberat Hampir 2.5 Tan Boleh Berada Dalam Longkang.






Kuala Krai: Kelindan lori membawa muatan ikan, Aznizul Ikhwan Azman, 25, parah selepas kenderaan itu terbalik di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berdekatan Sungai Durian di sini, jam 8 pagi semalam.

Aznizul Ikhwan tersepit di tempat duduk penumpang manakala pemandu lori, Amrajani Mat Jusoh, 23, selamat. Aznizul Ikhwan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

Kejadian turut menyebabkan hampir 2.5 tan ikan dianggarkan bernilai RM9,000 bertaburan di jalan dan longkang berhampiran.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut dilihat mengutip ikan berkenaan selepas diizinkan oleh Amrajani.

Amrajani berkata, bekalan ikan itu diambil dari Thailand untuk dijual di pasar borong Guchil di sini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 8:33 AM