Wak Doyok Seorang Gay?



Nama Wak Doyok  menjadi perhatian ramai selepas dilabelkan sebagai lelaki gila seks  apabila memberikan komen lucah di Instagram Kilafairy. Terbaru, beliau dituduh sebagai seorang gay yang meminati kaum sejenis.


Menjawab tuduhan tersebut, Wak Doyok sekerasnya menafikan beliau seorang homoseksual dan tidak mahu peduli akan kritikan yang diterima oleh orang  ramai.
Saya tak amik kisah pun apa orang cakap. Kita tidak boleh suruh orang berhenti bercakap. Saya bukan gay, saya sembahyang punya orang, tidak amalkan hubungan sejenis.
Berikutan kes beliau dan Kilafary, rezeki Wak Doyok agak terjejas dimana beliau kehilangan beberapa tajaan kera isu gila seks.


Kata orang terlajak perahu boleh berundur terlajak bicara buruk padahnya, sebab itu jangan memberikan komen sesuka hati anda meskipun di laman sosial kerana banyak mata yang akan memerhati kesilapan kita. Harapnya perkara ini boleh menjadi pengajaran buat orang lain juga.