Wajah jelas model dari Sabah dedah dada di petaling Street





Seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini pada Khamis lalu kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah restoran telah ditahan polis semalam.
Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar tempatan semalam.