“Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula,” jelas Neelofa.
Bagaimanapun, Neelofa mengakui terdapat kesilapan daripada dirinya apabila dia menyambut pula salam daripada pengarah Michael Ang dan menjelaskan akan cuba memperbaiki dirinya agar perkara yang sama tidak kembali berulang