Putrajaya : Kerajaan telah mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta di atas pengimportan barangan sejak sistem itu dilaksanakan 1 April lalu.
Pegarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, cukai itu dikutip di semua pintu masuk negara dan tidak termasuk GST yang dikutip daripada 373,668 peniaga yang mendaftar.
"Kerajaan juga telah mengecualikan GST ke aras 4,215 jenis ubat-ubatan dan mungkin jumlah itu akan ditambah lagi pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini hari ini. - Kosmo