EKSLUSIF : Berani Mati, Pelancong Berjaya Rakam Gambar Rakyat Korea Utara. Anda Pasti Terkejut Dengan Gambar Dan Pendedahan Ini !!!




Salah satu gambar yang berjaya dirakam Omid Scheybani.




DI negara Korea Utara, jika anda mengambil gambar tanpa kebenaran dan tindakan anda dikatakan mencurigakan, anda boleh ditangkap dan dituduh sebagai pengintip.

Kesalahan tersebut dianggap berat dan boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara itu.

Hakikatnya, agak susah untuk kita lihat kehidupan seharian rakyat di Korea Utara.

Ini kerana kerajaan Korea Utara menetapkan siapa yang layak dan tidak layak untuk duduk di bandar Pyongyang.

Mereka yang tidak layak terpaksa tinggal di luar Pyongyang di mana keadaannya lebih suram dan kurang menggembirakan.

Lelaki Iran kelahiran German, Omid Scheybani berkongsi gambar pengembaraannya di Korea Utara sepanjang 10 hari.

Kesemua gambarnya ditangkap hanya menggunakan iPhone.

“iPhone memudahkan saya menangkap gambar-gambar ini yang tidak mungkin dapat saya lakukan jika menggunakan kamera yang besar.

“Hanya keluarkannya, tangkap beberapa keping gambar dan masukkan semula ke dalam poket,” katanya seperti yang dipetik menerusi The Vocket.com.